Tuesday 22 October 2013

Jejak Maklumat SK Kelibang

Assalamualaikum
hampir sebulan berlalu
Program jejak maklumat  SK Kelibang(PJMSKK) berlangsung
Hari ni baru saya berkesempatan untuk membuat posting mengenainya

Alhamdulillah program PJMSKK ini berjaya diadakan
pada 02/10/2013 yang lalu
terima kasih kepada semua guru SK Kelibang yang memberi kerjasama
untuk menjayakan program tersebut..

Sebenarnya saya telah merujuk kertas kerja Jejak Maklumat Bptn Melaka
sebagai  panduan untuk melaksanakan program ini

aktiviti jejak maklumat ni terbahagi kepada lima segmen
yang mengandungi beberapa aktiviti. Segmen2 tersebut ialah;

1.SEGMEN KETAHANAN FIZIKAL
2.SEGMEN ISU SEMASA
3.SEGMEN PEMIKIRAN KREATIF
4.SEGMEN UJI MINDA
5.SEGMEN PEMBACAAN
Program ini dijalankan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 1.15 petang

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut berlangsung..

segmen pembacaan.

berbincang untuk menyiapkan tugasan.


segmen uji minda: murid menyelesaikan silang kata yang diletakkan di dalam komputer.

kepenatan mencari klu untuk menyelesaikan tugasan

menyelesaikan tugasan isu semasa


Banyak lagi gambar sekitar majlis yang dapat di lihat
di link ini
acara segmen ketahanan fizikal..

No comments:

Post a Comment