Tuesday 22 October 2013

Jejak Maklumat SK Kelibang

Assalamualaikum
hampir sebulan berlalu
Program jejak maklumat  SK Kelibang(PJMSKK) berlangsung
Hari ni baru saya berkesempatan untuk membuat posting mengenainya

Alhamdulillah program PJMSKK ini berjaya diadakan
pada 02/10/2013 yang lalu
terima kasih kepada semua guru SK Kelibang yang memberi kerjasama
untuk menjayakan program tersebut..

Sebenarnya saya telah merujuk kertas kerja Jejak Maklumat Bptn Melaka
sebagai  panduan untuk melaksanakan program ini

aktiviti jejak maklumat ni terbahagi kepada lima segmen
yang mengandungi beberapa aktiviti. Segmen2 tersebut ialah;

1.SEGMEN KETAHANAN FIZIKAL
2.SEGMEN ISU SEMASA
3.SEGMEN PEMIKIRAN KREATIF
4.SEGMEN UJI MINDA
5.SEGMEN PEMBACAAN
Program ini dijalankan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 1.15 petang

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut berlangsung..

segmen pembacaan.

berbincang untuk menyiapkan tugasan.


segmen uji minda: murid menyelesaikan silang kata yang diletakkan di dalam komputer.

kepenatan mencari klu untuk menyelesaikan tugasan

menyelesaikan tugasan isu semasa


Banyak lagi gambar sekitar majlis yang dapat di lihat
di link ini
acara segmen ketahanan fizikal..

Thursday 19 September 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan PSS-SKK

Alhamdulillah
setelah selelsai sambutan bulan pusat sumber,
sekali lagi JK Kerja PSS SK Kelibang telah berjaya menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan 2013..
Sambutan bulan kemerdekaan berlangsung selama sebulan iaitu dari 18 Ogos sehingga 16 September.
Seperti sambutan sebelum ini,
Admin sangat berterima kasih kepada sahabat GPM di FB GPM yang tidak lokek berkongsi idea bagi pengisian bulan kemerdekaan.
Hasilnya beberapa aktiviti telah diadakan sempena sambutan tersebut antaranya ialah
;Puisi Merdeka
;koir patriotik
;kuiz merdeka
;melukis poster pagi tahap 2
;mewarna poster bagi tahap 1
Selain itu juga turut diadakan pertandingan sudut patriotik,di mana setiap kelas mestilah mewujudkan satu sudut bertemakan sambutan kemerdekaan.
.Alhamdulillah keseluruhan acara dapat dilaksanakan  dengan bantuan semua warga Kelibang..
terima kasih diucapkan

Untuk gambar sekitar sambutan Bulan Kemerdekaan akan diupload kemudian ye..

Sunday 15 September 2013

Bulan Pusat Sumber PSS SK Kelibang

Assalamualaikum
sudah lama blog ni tak di update kan..
kekangan masa seering menghantui
alhamdulillah peperiksaan UPSR sudahpun berlalu
rasa lebih senang bernafas sedikit..
jadi hari ni saya berkesempatan untuk
membuat posting mengenai aktiviti pusat sumber kami
antaranya ialah Aktiviti Bulan Pusat Sumber
yang telah dijalankan sepanjang Julai lepas selama sebulan

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sahabat2
diFB GPM yang sudi berkongsi idea yang membolehkan saya turut melaksanakan
minggu PSS ini...

Tambah kapsyen

kuiz spontan mengenai PSS

Pemenang KUiz Pusat Sumber kategori Staff SK Kelibang

Pemenang Tulisan Kreatif: Cikgu Nasriah,tahniah

Pengunjung Bertuah Guru

Bacaan terbanyak NILAM bulan Julai Tahap 1

Pembaca terbanyak NILAM Julai Tahap 2
Sebenarnya banyak lagi gambar2 sekitar sambutan tersebut..
admin akan upload dikesempatan lain insya allah

Friday 28 June 2013

Gotong Royong PSS 2013

Program : Gotong Royong Perdana PSS
Tarikh : 12 April 2013
Tempat : Pusat Sumber SK Kelibang

Sebenarnya ini adalah entri tertunda,,mahu tak nya bulan April lepas lagi,,kekangan masa membuat kan saya seperti tidak ada masa untuk menupdatekan program-program yang di jalankan oleh PSS saya. Biarpun program ni dah lama berlalu,tapi tidak salah kalau saya blogkan sekarang untuk jadi rujukan dimasa akan datang...
di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat disnap untuk dikongsi bersama . :-)






sebenarnya,gotong royong ni bagi menukar tikar getah yang telah koyak di sana sini sebelum ni.(sekolah saya masih belum ada peruntukan untuk menukar tikar getah kepada tile)saya juga turut mengubah kedudukan susun atur alatan di dalam PSS ini..
Terima kasih kepada semua pengawas pusat sumber n guru-guru yang sanggup meluangkan masa berharga mereka membantu jawatankuasa kerja PSS menceriakan PSS.
thanks a lot.

Saturday 9 March 2013

Pelancaran NILAM S.K Kelibang 2013

Alhamdulillah hari ni PSS S.K Kelibang telah berjaya membuat pelancaran NILAM.
Walaupun diadakan secara sederhana namun besar harapan pihak sekolah agar murid-murid bersemangat untuk memenuhi masa luang mereka dengan membaca.

Tarikh : 10 Mac 2013
Tempat : Tapak Perhimpunan S.K. Kelibang
Masa : 7.45 am - 8.30 am
Perkara : Pelancaran Nilam.




GPM memberi sedikit penerangan mengenai program NILAM


tuan guru besar merasmikan majlis








dif-dif kehormat...

Thursday 7 March 2013

Kali ke tiga

alhamdulillah..masuk kali ke tiga saya cuba blogkan aktiviti pusat sumber sekolah saya.
saya sangat berharap usaha ini akan berterusan..doakan lah ye,,bukan apa,dah dua kali buat blog PSS ni,hanya hangat2 tahi ayam..sudahnya dengan pasword lupa,,
jadi sebagai edisi pembukaan di sini saya uploadkan hari penyerahan watikah pelantikan pengawas pusat sumber yang dibuat bersama dengan pelantikan pengawas sekolah dan juga ketua kelas.