Friday, 28 June 2013

Gotong Royong PSS 2013

Program : Gotong Royong Perdana PSS
Tarikh : 12 April 2013
Tempat : Pusat Sumber SK Kelibang

Sebenarnya ini adalah entri tertunda,,mahu tak nya bulan April lepas lagi,,kekangan masa membuat kan saya seperti tidak ada masa untuk menupdatekan program-program yang di jalankan oleh PSS saya. Biarpun program ni dah lama berlalu,tapi tidak salah kalau saya blogkan sekarang untuk jadi rujukan dimasa akan datang...
di bawah ini antara gambar-gambar yang sempat disnap untuk dikongsi bersama . :-)






sebenarnya,gotong royong ni bagi menukar tikar getah yang telah koyak di sana sini sebelum ni.(sekolah saya masih belum ada peruntukan untuk menukar tikar getah kepada tile)saya juga turut mengubah kedudukan susun atur alatan di dalam PSS ini..
Terima kasih kepada semua pengawas pusat sumber n guru-guru yang sanggup meluangkan masa berharga mereka membantu jawatankuasa kerja PSS menceriakan PSS.
thanks a lot.

Saturday, 9 March 2013

Pelancaran NILAM S.K Kelibang 2013

Alhamdulillah hari ni PSS S.K Kelibang telah berjaya membuat pelancaran NILAM.
Walaupun diadakan secara sederhana namun besar harapan pihak sekolah agar murid-murid bersemangat untuk memenuhi masa luang mereka dengan membaca.

Tarikh : 10 Mac 2013
Tempat : Tapak Perhimpunan S.K. Kelibang
Masa : 7.45 am - 8.30 am
Perkara : Pelancaran Nilam.




GPM memberi sedikit penerangan mengenai program NILAM


tuan guru besar merasmikan majlis








dif-dif kehormat...

Thursday, 7 March 2013

Kali ke tiga

alhamdulillah..masuk kali ke tiga saya cuba blogkan aktiviti pusat sumber sekolah saya.
saya sangat berharap usaha ini akan berterusan..doakan lah ye,,bukan apa,dah dua kali buat blog PSS ni,hanya hangat2 tahi ayam..sudahnya dengan pasword lupa,,
jadi sebagai edisi pembukaan di sini saya uploadkan hari penyerahan watikah pelantikan pengawas pusat sumber yang dibuat bersama dengan pelantikan pengawas sekolah dan juga ketua kelas.